Welcome to my Blog. You can +Follow or go back to +Dashboard
Caramel

Matrik, Diploma, STPM (tak tahu sangat daa ni nak letak tajuk apa -,-)

Photobucket

Lama gilaa kan tak hapdet? busy lagak Menteri walhal masih budak hingusan (semangat ko nakk!) Insya Allah, esok kena balik Penang. dia punya tak ikhlas sampai jadual pon malas nak print. patutnyaa semalam kena balik tapi disebabkan tak amek MUET sem ni, I pon balik hari  esok. (Ah, gedik pulak rasa!)

Semorang tau sekarang tengah SPM, (yang tak tahu tu, aku tak tahu la nak kata apa engko ni..)
Dulu (cehh, takde laa dulu mana. tahun lepas je kot) masa amek SPM, memang tak serius. rasa macam takde apa-II. bukan takat cikgu je bengang, mak ayah nenek atok semualah ikut bengang. bila dah dapat result, masa tu laa engko menyesal. PADAN MUKA! tapi I cool je.. tengok result ada 1A+ dengan AddMath tak gagal, daa boleh terkinja depan cikgu. Engko mampooooo? kahkahkahkah

Lepas SPM, memang banyak pilihan engko nak pilih untuk sambung belajar. sama ada foundation, diploma, STPM, SPA, matrikulasi, kolej/universiti/kolej universiti swasta atau belajar masak je dekat rumah.

mesti rasa konpius, ye dak? Foundation, hakak tak tahu sangat dik oi. hakak bukannya pandai.

p/s : ni  pendapat aku je. kalau salah, mohon betulkan. jangan biarkan aku bodoh selamanya..

Matrik

   Engko apply je. dapat tak dapat, itu kemudian hari engko tahu. mana laaa tahu kan rezeki engko ada. bilaa dah dapat tu, tak payah bengap sangat dengar cakap orang kata Matrik susah. kemonlah adik, benda apa yang senang? Matrik punya silibus banyak sama dengan form 4 & 5 . tinggal lagi, lagi mendalam. ada jugak benda baru engko belajar. Matrik ada dua program, PST (setahun)  & PDT (dua tahun). akak 2 tahun je dik. mana mampoo nak masuk PST dengan AddMath tak kredit. memang Matrik tough, tapi bukan senang engko nak kena tendang keluar. yang PST kalau pointer tak lepas, engko turun PDT. yang PDT, engko sengal sangat belajar main-II apesal? orang daa  bagi masa lama, tak reti bersyukur lagi! 
   Ni benda wangi nak citer ni, kawan aku SPM AddMath E, means lagi teruk dari aku tapi masa UPS (midsem exam) dia boleh dapat A solid. semua tu bergantung pada diri engko
p/s : start batch aku, yang utara dia hantar selatan, yang selatan dia campak ke utara.
p/s/s : kalau intake pertama kena reject, jangan malu buat rayuan. intake kedua dia campak dekat matrik terdekat je (Insya Allah)
p/s/s/s : dapat KMPP jangan tolak. KMPP, peraturan tak ketat. kihkihkih

Diploma

   Ni busuk sikit laaa nak beritahu, aku punya UPU kena reject. tak tahu laa mana  silapnya. demand sangat ke salah susun ke. tapi aku rasa course aku mintak semua senang. huh! pulang balik 10 hengget 60 sen aku! 
   Tak payah sedih sangat kalau dapat Matrik je, Dip tak dapat. engko masuk je matrik tu rela tak rela tapi engko kena alert dengan tarikh buat rayuan UPU. In case kalau engko tak bahagia dekat matrik, engko boleh cabut pi Dip bulan 11 kang (itu pon kalau rayuan diterimalaaa) 
   UPU ni mana course bertemuduga, engko letak dekat pilihan pertama sebab aku letak dekat pilihan ke 4, kena reject. member yang letak dekat pilihan pertama, dia panggil. asdfghjkl betul!!! tapi tak tahu laa kalau kebetulan je.
   Masa buat rayuan, selitkan UIA sebab UIA banyak amek orang. rata-II budak keluar matrik itu hari semua letak UIA dengan UiTM. Amende? UIA? yang engko takut sangat dengan UIA kenapa? malu masuk universiti Islam? Eh, engko malu tak agama kau Islam? Jangan jadi bangang sangat.

SPTM

   Aku tak dapat STPM (amende ni semua kena reject?)  menangis jugak laa tak dapat. kalau STPM pon tak dapat, aku pikir bodoh piang sangat aku ni, menyusahkan mak ayah. tapi bila tanya cikgu-II, rata-rata kata kalau tak dapat STPM kemungkinan besar engko dapat Matrik. gitu laa cakap diorang. 
   Matrik dengan STPM, baik engko masuk STPM. memang matrik lagi senang tapi matrik susah nak dapat tempat. nanti masa daa check in IPTA/IPTS memana, akan ada  orang call.
"Hadek sekarang dekat mana?" 
*suara lembut + formal
"Matrik, bang"
"Oh, abang nak tawarkan kursus blaaa blaa blaa dekat adik under universiti blaa blaa blaa, pengajian 3 tahun, pinjaman blaa blaa, Dekan dari Marikh, blaaa blaaa blaaa"
"Takpelaa, bang. saya bahagia dekat sini,"
"Ni abang nak cakap ni. adik tahu Matrik tu ANAK TIRI kerajaan? kebanyakkan budak Matrik susah nak survive. kalau ada masuk Diploma atau STPM, senang dapat tempat dekat IPTA nanti,"
"Saya dah lama tahu matrik ANAK TIRI kerajaan, tapi semua saya buat atas pilihan family saya. kalau abang nak tawarkan apa-II, abang call family saya. Ni nombornyaa.... blaa blaa blaa"
*dia tak call pon*

   But, serius cakap matrik susahnyaa masa nak dapat tempat untuk degree nanti. tak suka Sains, engko tukar Sastera. tak guna demand amek sains kalau engko belajar pon nak tak nak. lepas tu gagal. wangi lagi budak amek Sastera belajar pandai-II, dapat tempat dalam degree. 

Institut Kemahiran

kalau tak dapat semua, engko check in institut kemahiran. Sekarang orang pandang kemahiran. Aku ni belajar teori je. kemahiran memang jahanam. Engko pandai berteori tahap dewa sekali pon, kemahiran takde tak guna jugak. cakap je... pot pet pot pet, tapi buat tak. cenggitu laa lebih kurang.
   Institut kemahiran pon daa banyak daa sekarang. ada GiatMara, ILP, Kolej Komuniti, Institut Pertanian, banyak sangat laaa. 


semua tu terpulang pada diri. mana-II tempat susah  tapi kalau engko usaha, semua benda jadi senang. Ingat, biar tak pandai asal jangan bebal. biarlaa orang kata Diploma membazir masa, Matrik susah nak mati, STPM takde standard, ILP apa semua tu tak bagus. Yang  bercakap tu ada sijil apa? Sijil nikah? Dah pernah masuk Diploma? Dah pernah try Matrik? Dah terer sangat kata STPM takde standard? Tinggi sangat darjat kata institut kemahiran tak bagus? Rata-rata yang cakap tu jenis ego je, dengar cakap orang lain lepas tu sibuk buat konklusi sendiri. orang macamm tu laa yang rosakkan bangsa. (Emo pulak aku!)

Buat pilihan bijak. Jangan bagi mak ayah engko susah lagi. cukuplaaa masa SPM dulu engko hancurkan hati 
diorang, takkan kali ni engko nak hancurkan lagi? 

Blacy Smiley - Exciting
 
Copyright 2013. All right reserved by Caramel